Lebih 2,000 sertai Kuale Car Free Day

Iklan
Zulqarnain (kiri) menerima watikah pelantikan daripada Sze Yee.

IPOH - Lebih 2,000 peserta khususnya dari sekitar Daerah Kuala Kangsar bakal menyertai program Kuale Car Free Day, 18 Ogos ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Zulqarnain Mohamad berkata, program berkenaan merupakan penganjuran kali kedua sejak penganjuran kali pertama pada 2016.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti riadah dan kesenian akan turut disediakan kepada pengunjung sempena penganjuran Kuala Car Free Day kali ini.

"Kita memang rancang untuk buat setiap bulan. Kita nak tengok sambutannya macam mana dan lokasinya adalah mulai Bulatan Jam Besar hingga Bulatan Double Lion sejauh 600 meter.

Iklan

"Kita akan tutup jalan mulai 7 pagi hingga 2 petang dan kita harap peniaga di kawasan berkenaan tidak perlu risau kerana berdasarkan pengalaman di luar negara, perniagaan akan bertambah maju disebabkan kebanjiran orang ramai,"

"Tema kita kali ini adalah sayang kepada Kuala Kangsar dan untuk itu, kita juga akan anjurkan acara berbasikal (fun ride), 'Kenali Kualaku' sejauh 15 kilometer yang kita jangka akan disertai seramai 350 peserta.

Iklan

"Acara pelepasan dijangka disempurnakan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Perak yang juga Exco Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari," katanya pada sidang media sempena Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) sesi 2019/2020 di Dewan Bendahara MPKK, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Loh Sze Yee serta Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Kangsar, Ahmad Munir Ishak.

Pada majlis berkenaan juga, seramai 21 ahli majlis mewakili parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) Perak melafazkan ikrar serta menandatangani surat pelantikan selaku Ahli Majlis MPKK bagi tempoh dua tahun (sehingga Julai 2021).

Kesemua ahli majlis berkenaan seterusnya dibahagikan kepada tiga kawasan pentadbiran MPKK iaitu Kuala Kangsar, Padang Rengas dan Sungai Siput.

Sementara itu, Zulqarnain ketika berucap pada majlis berkenaan berharap kesemua ahli majlis yang dilantik dapat membantu memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan MPKK.

"Diharapkan kita semua dapat bekerjasama dengan baik, penuh tekun, meningkatkan pemuafakatan dan mengambil usaha untuk kesejahteraan dalam memberikan memberikan perkhidmatan cemerlang, seterusnya membantu memajukan lagi Daerah Kuala Kangsar," katanya.