Bersatu Kelantan sokong pembinaan pelabuhan di Tok Bali

Iklan
Kamaruddin Md Noor

PASIR PUTEH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menyokong penuh cadangan kerajaan negeri untuk membina pelabuhan baru dengan mendalamkan muara di kuala Terusan Semerak sebagai usaha merancakkan pembangunan bandar baru di Tok Bali.

Pengerusinya, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, cadangan itu perlu disokong kerana ia bukan untuk pembangunan di Tok Bali semata-mata tetapi juga membabitkan pembangunan keseluruhan di Kelantan.

Iklan
Iklan

"Bagi tujuan ini kerajaan negeri tidak mungkin mampu melaksanakannya secara sendirian tanpa sokongan kerajaan Pusat kerana pembinaannya memerlukan perbelanjaan besar sehingga melebihi RM1 bilion,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri bercadang membina sebuah pelabuhan dengan mendalamkan muara terusan itu untuk membolehkan kapal besar dapat memasuki terusan itu dan berlabuh terutamanya di terminal TB Supply Base Sdn Bhd.

Iklan

Kamaruddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pasir Puteh berkata, peruntukan itu antara lain membina benteng pemecah ombak ditengah lautan kira-kira satu batu nautika dari Pantai Tok Bali.

"Benteng itu bagi menghalang ombak daripada memasuki kuala dan mengancam keselamatan kapal yang berlabuh terutama pada musim tengkujuh yang berlaku hampir setiap tahun,” katanya. - Bernama

Iklan