Hina Fuziah: PKR Pahang buat laporan polis

Iklan
25 ahli PKR Pahang menunjukkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuantan hari ini.

KUANTAN - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat tiga laporan polis hari ini berhubung tindakan pemilik akaun laman sosial Facebook yang menghina Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuantan, Muhd Ruslan Wahab@Abd Aziz berkata, laporan dibuat berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik akaun terbabit yang secara terang menghina Ahli Parlimen Kuantan itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status berunsur fitnah dan tuduhan jahat bagi menghina Fuziah Salleh.

"Jelas pemilik Facebook tersebut telah membuat satu tuduhan jahat dengan niat untuk menyakitkan hati serta menjatuhkan imej dan maruah Fuziah yang kini berada di Makkah menunaikan ibadah haji," katanya hari ini.

Iklan

Sementara itu, Ketua Biro Kemasyarakatan Wanita PKR Pahang, Barirah Mohd Mokhtar menggesa pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap kenyataan pemilik akaun tersebut dan dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, menggelar seorang timbalan menteri dengan gelaran tidak adalah perbuatan yang sangat biadab dan jahat yang boleh mendatangkan imej buruk kepada Fuziah dan juga kerajaan.

Iklan

"Menyiarkan tulisan yang penuh provokasi terhadap Fuziah tanpa menyatakan sebabnya adalah satu tuduhan yang amat berat.

"Mohon siasatan dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau sebarang akta yang berkait dengan perbuatannya.

"Saya mengharapkan tindakan tegas dikenakan terhadap individu terbabit bagi kita memberi pengajaran kepada orang lain akan tidak mengulangi perbuatan tersebut," katanya.