Elena Goh sahkan tiket ke Filipina

Iklan
Elena Goh Ling Yin

ATLET jalan kaki wanita negara, Elena Goh Ling Yin mengesahkan tempat ke temasya Sukan SEA 2019 di Filipina setelah meraih emas bagi acara 10,000 meter jalan kaki kategori wanita di Kejohanan Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019 di sini, pagi ini.

Elena, pemenang pingat emas bagi edisi 2017 di Kuala Lumpur itu menewaskan atlet dari Pahang, Johor dan Sarawak dengan catatan masa 53 minit 09.44 saat.

Iklan
Iklan

Beliau, yang mewakili ATM, mengetepikan atlet dari Pahang, Koong Jia Lin yang meraih pingat perak dengan masa 56:25.50s dan atlet dari Johor, Pua Ling En yang meraih pingat gangsa dengan catatan masa 58:19.35s dalam saingan yang berlangsung di Stadium Mini Majlis Sukan Negara di sini, hari ini.

Berdasarkan kedudukan terkini ranking di Asia Tenggara, Elena muncul pelumba terpantas diikuti atlet Filipina, Elizabeth Capioso 1 jam 04 minit 27 saat.

Iklan

Ketua Jurulatih Olahraga, Mohd Manshahar Abd Jalil turut mengesahkan Elena adalah atlet terbaharu yang layak ke temasya dwitahunan terbesar di Asia Tenggara itu November hadapan.

Untuk rekod, Elena menamatkan kemarau 18 tahun kilauan emas dalam edisi 2017 dengan catatan masa 52:21.50s menewaskan pemenang pingat perak Thi Bich Ha dari Vietnam yang mencatatkan masa 52.27.78s dan pemenang pingat gangsa, T Assawawongcharoen dari Thailand yang mencatatkan masa 53.17.10s. - Bernama

Iklan