Maut terseret 50 meter

Iklan
Mangsa terlibat kemalangan di Kilometer 216.8 Lebuhraya Plus malam tadi.

ALOR GAJAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas terseret sejauh 50 meter dalam kemalangan di Kilometer 216.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, Muhammad Farid Johan, 23, dari Sungai Rambai, Jasin menunggang motosikal Yamaha LC bersendirian sebelum hilang kawalan dan terbabas.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, akibat kemalangan itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah.

"Mangsa maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan terseret sejauh kira-kira 50 meter.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.