7 maut, 2 hilang kapal karam di pantai China

Iklan

JINAN - Sekurang-kurangnya tujuh disahkan terkorban dan dua lagi hilang selepas sebuah kapal karam di pantai wilayah Shandong, China semalam.

Pihak berkuasa maritim tempatan berkata, kejadian berlaku sekitar 5.56 petang (waktu tempatan) apabila kapal dari utara Hebei itu dipukul ombak dan karam berhampiran pelabuhan kota Rizhao.

Iklan
Iklan

Sehingga jam 11 pagi hari ini, tujuh mayat berjaya ditemui dan pihak berkuasa sedang giat mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

"Semasa kejadian, tiupan angin adalah sehingga 50 kilometer sejam menyebabkan laut bergelora," kata pihak berkuasa. - Agensi

Iklan
Iklan