Imigresen tahan wanita Thailand berbogel ketika sedang mengurut

Iklan

GEORGE TOWN - Tukang urut wanita warga Thailand yang sedang leka mengurut pelanggan lelaki dalam keadaan berbogel, di sebuah pusat urut di Lebuh Macallum, di sini semalam, terkejut selepas premis itu diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang.

Dalam operasi kira-kira pukul 10.20 malam itu, tukang urut dan pelanggan berkenaan tidak sempat menyarungkan pakaian, kerana tidak menyedari premis tersebut diserbu pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, wanita berusia 30 tahun itu ditahan, bersama dua lagi rakan senegaranya berumur 20-an yang bekerja di pusat urut berkenaan.

"Tiga wanita warga Thailand itu ditahan, kerana melakukan kesalahan melanggar syarat pas lawatan sosial dan berkerja tanpa permit yang sah, manakala dua pelanggan lelaki serta pemilik premis itu diarahkan hadir ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut," katanya, di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu katanya, dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Sungai Pinang, di sini, tujuh wanita warga Vietnam dan Thailand ditahan kerana bekerja sebagai pelayan pelanggan di premis berkenaan tanpa permit kerja yang sah.

Beliau berkata pemeriksaan juga mendapati wanita terbabit yang berusia 20 hingga 30 tahun itu, telah menyalah gunakan pas lawatan sosial, dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Iklan

Dalam pada itu, Muhamad Husni berkata menerusi operasi di beberapa buah restoran, pihaknya berjaya menahan dua lelaki warga India dan seorang lelaki warga Thailand, kerana pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

"Selain itu, dalam operasi di tapak pelupusan sampah di Hilir Sungai Kluang, seramai lima lelaki warga Bangladesh yang bekerja di situ ditahan," katanya.

Menurutnya, semua mereka berusia 20 hingga 50 tahun itu dibawa ke Depoh Imigresen di Juru bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Bernama