Nelayan gempar jumpa ikan yu paus!

Iklan
Faris (tengah) bersama unit Perlindungan Sumber Batu Pahat memeriksa ikan yu paus yang terdampar di pesisiran pantai berhampiran Jeti Pangkalan Nelayan Parit Jawa, Muar di sini hari ini.

MUAR - Penemuan seekor ikan besar di sekitar perairan Tanjung Tohor pagi tadi dikenal pasti spesies rhincodon typus atau yu paus.

Ketua Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adnan berkata, ikan yang didakwa semakin pupus itu ditemui hanyut oleh sekumpulan nelayan pada jarak kira-kira tujuh batu nautika dari Jeti Pangkalan Parit Jawa di sini.

Iklan
Iklan

Katanya, ikan yu paus seberat kira-kira lima tan itu akan dibawa ke Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin (TUMEC) Rantau Abang bagi proses bedah siasat.

"Di pihak Unit Perlindungan Sumber Batu Pahat pula, mereka akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar yu paus ini.

"Setakat ini, kita anggarkan saiz panjang adalah enam meter dan selebar hampir dua meter. Kita masih belum mengenal pasti jantina ikan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa di sini.

Iklan
Kumpulan nelayan berusaha membawa naik spesies ikan paus yu yang ditemui hanyut di sekitar perairan Tanjung Tohor.

Menurut Mohd Faris, pihaknya dimaklumkan oleh TUMEC bahawa ikan tersebut terbabit akan diawet sebaik selesai proses bedah siasat.

"Yu paus merupakan antara spesies terancam dan berkemungkinan besar ia sesat di perairan di sini berikutan lokasi ini bukan habitatnya.

Iklan

"Justeru saya menasihati para nelayan sekiranya menemui spesies hidupan laut yang aneh untuk segera menghubungi pihak agensi berkaitan.

"Jangan bertindak melulu jika ia masih bernyawa kerana mereka boleh didakwa di bawah akta berkaitan,” katanya.