Amanah serah isu PR Zakir Naik kepada KDN: Mat Sabu

Iklan

PASIR SALAK - Parti Amanah Negara (Amanah) menyerahkan sepenuhnya isu berkaitan status penduduk tetap (PR) pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Presidennya, Mohamad Sabut berkata, perkara itu hanya KDN yang boleh membuat keputusan.

Iklan
Iklan

Enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu yang kini menjadi polemik dalam negara, Mohamad dilihat mengelak daripada memberi sebarang kenyataan.

"Itu kita serah pada KDN," katanya yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Pasir Salak di Green Village Eco Resort di sini hari ini hanya mahu fokus kepada partinya yang kini sedang giat menambah keahlian.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Status penduduk tetap Zakir Naik boleh ditarik balik: PM

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, status PR Dr Zakir Naik, boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya terbukti menjejaskan kesejahteraan negara.

Iklan

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan akan menunggu penyiasatan polis terhadap dakwaan kenyataan sensitif oleh pendakwah itu terhadap kaum Cina dan India di Malaysia.

"Beliau (Zakir) mempunyai status PR. Kita boleh menarik balik status PR itu jika beliau melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.

"Pada masa ini polis sedang menyiasat sekiranya beliau melakukannya atau tidak. Jika beliau berbuat demikian, maka kita perlu menarik balik status PR beliau," kata Dr Mahathir kepada pemberita.