Polis tahan penjaga stor ugut peguam

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang penjaga stor ditahan bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang peguam yang mengeluarkan kenyataan ke atas penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Roslan Bek Ahmad berkata, penahanan lelaki berusia 28 tahun itu dibuat di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Damansara di sini hari ini.

Iklan
Iklan

"Tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan susulan laporan polis dibuat peguam berkenaan pada 15 Ogos lalu berhubung satu ugutan diterimanya di laman sosial Facebook.

"Suspek yang bekerja sebagai penjaga stor dan pengawal keselamatan itu kini ditahan reman selama empat hari hingga Selasa depan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan dan membuat sebarang komen sensitif yang boleh membangkitkan isu perkauman dalam media sosial untuk menjaga keharmonian kaum di negara ini," katanya.

Iklan

Difahamkan, ugutan tersebut diterima di Facebook susulan kenyataan peguam berkenaan yang mencadangkan supaya status Penduduk Tetap (PR) Dr Zakir Naik dibatalkan.