PUCHONG - Suasana panik penghuni sebuah rumah yang menyangka terdapat ular menyorok dalam stor kediaman mereka berakhir dengan penemuan bangkai seekor tikus.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Hisam Mat Yasih berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat ular dalam stor di sebuah rumah di PU1, Taman Puchong Utama di sini pada jam 10.24 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong bergegas ke lokasi.
"Penghuni memaklumkan ternampak objek seperti ular dari celah pintu stor rumah dihuninya.
"Pemeriksaan dibuat anggota bomba dalam stor terbabit mendapati objek disangka ular itu rupanya ekor tikus,” katanya.
Beliau berkata, haiwan terbabit didapati telah mati ketika ditemui.
Insiden terbabit yang turut tular di media sosial menerima pelbagai emoji daripada pelayar Facebook.