Henti pendakwaan empat suspek MH17

Iklan
Chandra. Foto: ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Hasil dapatan dalam persidangan antarabangsa bertemakan MH17: The Quest For Justice yang berlangsung hari ini mendesak perbicaraan kes mahkamah ke atas empat suspek yang didakwa sebagai perancang utama insiden pesawat Malaysia Airlines MH17, dihentikan.

Presiden International Movement for A Jus World (JUST), Dr Chandra Muzaffar berkata, ini kerana terdapat kebimbangan terhadap laporan Pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) mengenai insiden itu yang masih banyak persoalan belum terjawab dan ada cacat cela.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, rumusan pelan tindakan itu akan turut dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.

"Kami akan kumpulkan semua dapatan dalam persidangan ini untuk dihebahkan kepada masyarakat. Kami harap ia mendapat perhatian Perdana Menteri untuk meyakinkan Perdana Menteri Belanda bagi menghentikan pendakwaan terhadap empat suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat dalang tembak jatuh MH17 didakwa membunuh

Iklan

Empat perancang utama MH17 dikenal pasti

"Mungkin Perdana Menteri juga boleh berkomunikasi dengan pemimpin negara lain yang terlibat dalam JIT. Keseluruhan pelan tindakan akan ambil masa tetapi yang penting ialah menghentikan perbicaraan terhadap individu-individu terlibat," katanya dalam sidang media selepas persidangan itu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.

Iklan
(Dari kanan) Tan Sri Mohd Jawhar Hassan, Prof Michel Chossudovsky, Dr Zulaiha Ismail, Ms Askiah Adam dan Dr Chandra Muzaffar hadir pada persidangan antarabangsa MH17: The Quest For Justice, Kuala Lumpur di sini hari ini. Foto: ZAHID IZZANI

Persidangan itu dianjurkan secara bersama oleh JUST, Perdana Global Peace Foundation (PGPF) dan Centre for Research on Globalization (CRG bagi mengingati mangsa tragedi.

Panel persidangan ini melibatkan beberapa individu terkenal yang telah mengkaji dan menulis mengenai MH17 antaranya Dr Kees Van der Pilj dari Belanda, Peter Haisenko dari Jerman serta Profesor Michel Chossudovsky dan John Philpot dari Kanada.

Satu daripada enam sesi perbincangan turut dikhaskan untuk pemimpin kumpulan Malaysia yang melakukan misi berbahaya bagi memulihkan kotak hitam milik MH17 dari tapak kemalangan di timur Ukraine iaitu Kolonel Mohd Sakri Hussin.