KUANTAN - Sikap menjaga kebersihan perlu bermula dari rumah supaya masalah membuang sampah di kawasan awam dapat diselesaikan sepenuhnya.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah bertitah ibu bapa seharusnya memainkan peranan mendidik perkara itu, sejak anak masih berusia muda supaya ia menjadi kebiasaan.