Pusat peruntuk lebih RM40 juta bina rumah tentera di Kem Rascom

Iklan
Mohd Zuki Ali

SIBU - Kerajaan persekutuan memperuntukkan sebanyak RM40.6 juta bagi pembinaan baharu rumah keluarga anggota Briged Ke-9 Infantri di Kem Rascom di sini mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan (Kementah) Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, kebanyakan rumah anggota di kem tersebut sudahpun berusia (usang) dan perlu dibaik pulih atau dibina baharu demi keselesaan anggota dan keluarga mereka.

Iklan
Iklan

"Kementah sentiasa mengambil perhatian terhadap kebajikan anggotanya bukan sahaja di sini malah seluruh kem di negara ini," katanya ketika lawatan kerja beliau di sini hari ini.

Mohd Zuki turut melawat Kem Junaco dan Kem Bumimas.

Iklan

Menurutnya, kerja-kerja baik pulih rumah keluarga angkatan tentera di Kem Rascom yang kini giat dijalankan sudah 85 peratus siap.

Kerja baik pulih tersebut yang menelan belanja sebanyak RM1.4 juta dijangka dapat disiapkan sepenuhnya pada September tahun depan.

Iklan

Ia melibatkan satu blok flat keluarga anggota tentera Kelas G bagi anggota berpangkat koperal ke bawah yang menempatkan sebanyak 45 unit rumah. - Bernama