Lukisan bantu semai semangat kemerdekaan

Iklan
Azhar (kanan) melihat lukisan dan barangan yang dipamerkan pada program tersebut.

KOTA BHARU - Lukisan bermotifkan kemerdekaan membantu memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih mencintai negara sempena merdeka kali ini.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Negeri, Azhar Salleh berkata, melalui lukisan, rakyat juga boleh melihat dengan jelas bayangan sejarah yang pernah dibukukan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Dengan adanya program seperti ini, rakyat Kelantan boleh lihat dan faham dengan jelas mengenai kemerdekaan ini. Ia akan menambah lagi semangat patriotik dalam kalangan anak-anak muda dan pelajar itu sendiri," katanya kepada media pada Majlis Perasmian Karnival Kesenian Kemerdekaan 'Aku Dihatimu' di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, Ruslan Ludin.

Iklan

Menurutnya, program yang bermula 17 Ogos sehingga 15 September itu akan diserikan dengan pelbagai pengisian menarik seperti pertandingan mewarna, wacana seni lukis, demo membuat seramik, bengkel untuk guru seni visual serta banyak lagi.

Beliau berkata, dengan tema yang dipilih itu, masyarakat boleh melihat dengan lebih jelas lagi tentang sejarah kemerdekaan itu sendiri melalui pelbagai bahan yang disediakan di perpustakaan dan melalui program tersebut.

Iklan

"Saya harap seluruh masyarakat dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk menimba pelbagai ilmu mengenai kemerdekaan sekaligus menyemarakkan lagi semangat patriotik," katanya.