Abe Jali SPT meninggal dunia

Iklan
Gambar arwah yang dimuat naik anaknya, Nor Atiqah di Facebook pagi ini.
BACHOK - Pelakon dan pelawak yang dikenali sebagai Abe Jali Salam Pantai Timur (SPT) meninggal dunia jam 4 pagi hari ini.

Abe Jali SPT atau nama sebenarnya, Mohd Idris Ibrahim, 58, menghembuskan nafas terakhir dii Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu.

Rakannya, Mohd Razani Hasan, 55, berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah kakaknya di Kampung Nangka, Bekelam dan dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nangka selepas solat Asar hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dia menerima berita sedih itu jam 8 pagi hari ini dari seorang rakan yang berada di hospital berkenaan.

"Saya difahamkan dia juga mengalami pendarahan dalam otak. Arwah ialah sahabat yang baik, dia banyak berjasa bukan sahaja kepada pemimat hiburan tetapi kepada masyarakat juga.

Iklan

"Arwah pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Kampung Chap dan pada masa itu saya dilantik sebagai setiusaha kelab," katanya.

Mohd Idris tinggal bersama ibunya, Mek Nab Samad, 80, di rumah pemberian Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan di Kampung Chap, Bekelam.

Iklan

Allahyarham dikenali ramai selepas berlakon dalam rancangan komedi SPT terbitan RTM pada tahun 2007.

Arwah juga aktif dalam dikir barat dan pengacaraan sehinggalah dia menghidap kencing manis.

Sakitnya makin kronik sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong setahun lalu dan dirujuk ke HRPZ II awal bulan ini.