Bacaan IPU di Sri Aman 'sangat tidak sihat'

Iklan

KUCHING - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman masih berada dalam kategori sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman naik kepada bacaan 252 pagi ini daripada 245 yang dicatat pada 4 petang semalam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, IPU di Stesen Pengawasan Udara Automatik di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri menurun kepada kategori tidak sihat dengan bacaan 158 pagi ini berbanding 221 petang semalam dengan kategori sangat tidak sihat.

Bacaan IPU di Sekolah Kebangsaan (SK) Baram turut menunjukkan penurunan daripada 119 pada 4 petang semalam kepada 78 pagi ini yang dikategorikan sebagai sederhana.

Iklan

Sementara itu, Sarawak mencatatkan satu titik panas setakat 9 pagi ini.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Iklan

Orang awam boleh merujuk laman web JAS di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.- Bernama