KUANTAN - Pengisytiharan pengurniaan gelaran dan panggilan hormat bagi kerabat Diraja Pahang diputuskan pada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang ke-112 yang bersidang pada 15 Ogos lalu.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, melalui pengisytiharan itu, Sultanah Hajjah Kalsom akan dikenali dengan gelaran Cik Puan Besar Hajjah Kalsom.