Berlabuh tanpa kebenaran, kapal 'mini tanker' ditahan

Iklan
Maritim

JOHOR BAHRU - Sebuah kapal jenis ‘mini tanker’ ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal yang berdaftar di Ulaanbaatar, Mongolia itu, ditahan oleh bot ronda agensi berkenaan di kedudukan 3.1 batu nautika timur Tanjung Penyusop pada pukul 6.45 petang.

Iklan
Iklan

Katanya, kapal berkenaan dikendalikan oleh seorang nakhoda dan enam kru kapal yang mana kesemuanya lelaki warganegara Indonesia, berumur antara 24 hingga 61 tahun.

"Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tanpa muatan tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Iklan

Mohd Zulfadli berkata, penahanan tersebut merupakan kes yang ke 24 melibatkan kesalahan di bawah Ordinan sama bagi ZMTS pada tahun ini.

Beliau menambah, pihaknya sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara khususnya di perairan Johor Timur.- Bernama