'Politik melampau punca kerajaan hilang fokus isu pekerjaan'

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Pas mendakwa politik keterlaluan dan melampau dalam kalangan pemimpin PH menjadi punca kepada hilangnya fokus kerajaan berhubung isu pekerjaan di negara ini.

Pengerusi Lajnah Pekerjaan dan Penggunanya, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, perkara tersebut dapat dilihat melalui purata jumlah pekerja yang dibuang setiap bulan iaitu seramai 1,625 orang dan lebih teruk berbanding tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Jumlah ini tidak termasuk kedudukan atau jawatan yang bersangkutan dengan politik. Hal ini sebenarnya terlalu besar dalam keadaan kerajaan PH gagal menyediakan peluang pekerjaan seperti dijanjikan, termasuk juga pelaksanaan berkesan dalam memastikan pematuhan majikan terhadap gaji minimum yang paling disebut selama ini.

"Apatah lagi, laporan besar juga diterima pihak-pihak kesatuan sekerja mengenai isu diskriminasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, walaupun tidak dapat dinafikan sebahagian masalah pekerjaan ini disebabkan oleh aspek ekonomi global, tetapi keghairahan politikus PH kepada mengukuhkan sokongan undi telah menjulang sikap perkauman hingga mempengaruhi sektor pekerjaan.

"Akhirnya, daripada isu penawaran peluang pekerjaan dan pengangguran, ia meletupkan pula isu penindasan ke atas warga pekerja.

Iklan

"Keadaan ini menjadikan semua harapan, janji dan idealisme yang dikemukakan PH tidak lebih daripada kepalsuan dan retorik semata-mata. Keadaan makin parah apabila aspek urus tadbir berkaitan antaranya pelaburan asing telah dibayangi kesangsian lantaran negara dimomokkan dengan hutang hingga RM1 trilion oleh Menteri Kewangan Kerajaan PH sendiri," katanya.

Justeru, beliau menyarankan menteri dan timbalan menteri yang memegang portfolio berkaitan mengundurkan diri secara terhormat sebelum situasi keadaan menjadi lebih kronik.

"Apatah lagi mereka telah menzahirkan protes terbuka terhadap ketua sendiri iaitu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Warga pekerja memerlukan pemimpin, bukannya politikus yang leka," katanya.