Dua kali pecah rekod kebangsaan, Jackie yakin terus cemerlang

Iklan
Jackie Wong Siew Cheer - Foto Bernama

ATLET baling tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer yakin dapat mengekalkan momentum cemerlang di Filipina setelah berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada Kejohanan Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019.

Pada kejohanan itu, Jackie Wong berjaya memecah rekod kebangsaan miliknya sebanyak dua kali pada balingan kedua iaitu sejauh 67.49 meter (m) dan balingan kelima dengan 68.22m, memadam rekod sebelumnya 67.31m.

Iklan
Iklan

Atlet berusia 27 tahun itu mengakui prestasinya semakin baik dan menganggap kejayaan hari ini sebagai persiapan rapi sebelum beraksi pada Sukan SEA 2019 di Filipina November nanti.

"Prestasi saya bukan yang terbaik sebelum ini, setelah saya catat rekod baharu di Kejohanan Terbuka Korea, prestasi saya memang asyik jatuh. Hari ini baru saya rasa semakin baik dan elok. Jadi, saya yakin dapat lakukan yang terbaik di Sukan SEA nanti.

Iklan

"Jika melihat kepada catatan hari ini memang peluang saya untuk menang emas di Filipina agak cerah, namun saya tetap perlu berhati-hati kerana kita tidak tahu macam-macam boleh terjadi nanti," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Untuk rekod, Jackie Wong pernah memecahkan rekod kebangsaan ketika beraksi pada Terbuka Korea Selatan, Jun lepas dan Kejuaraan Olahraga Asia, April lalu masing-masing dengan catatan 67.31m serta 67.01m

Iklan

Dalam pada itu, jaguh Paralimpik negara, Abdul Latif Romly yang mengambil bahagian bersama atlet normal memenangi acara lompat jauh dengan lompatan sejauh 7.64m dalam Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan 2019 hari ini.

Abdul Latif yang mewakili Perlis mengetepikan pemenang pingat perak, Lokman Hakim Ramlan (ATM) dengan catatan 7.58m dan pemenang pingat gangsa, Muhammad Azim Abdul Kefli (Johor) dengan catatan 7.29m.

Bagaimanapun Abdul Latif yang berjaya memperbaharui rekod terbaiknya untuk tahun ini, tetap gagal menyambar tiket secara merit ke Sukan SEA Filipina nanti.- Bernama