10,000 hilang tempat tinggal kebakaran setinggan di Dhaka

Iklan
Seorang penduduk cuba memadamkan kebakaran yang melanda setinggan di kejiranan Mirpur, Dhaka Jumaat lalu. - Foto AFP

DHAKA - Sekurang-kurangnya 10,000 orang kehilangan tempat tinggal susulan kebakaran besar di sebuah penempatan setinggan penuh sesak di Dhaka.

Pegawai perkhidmatan bomba, Ershad Hossain memberitahu AFP, kebakaran di kejiranan Mirpur Jumaat lalu memusnahkan kira-kira 2,000 pondok setinggan.

Iklan
Iklan

"Saya tinggal sehelai sepinggang.Saya tidak apa yang harus saya lakukan sekarang," luah seorang penduduk bernama Abdul Hamid yang mengusahakan gerai teh di kawasan setinggan terbabit.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dan tiada laporan kematian diterima namun beberapa mangsa mengalami cedera ringan.

Iklan
Penduduk setinggan di Mirpur, Dhaka duduk di tepi jalan susulan kebakaran besar yang memusnahkan rumah mereka. - Foto AFP

Ketika kejadian, ramai penduduk kawasan setinggan itu yang merupakan pekerja di kilang pakaian tidak berada di rumah kerana menghabiskan cuti Aidiladha bersama keluarga.

Mangsa yang kehilangan tempat tinggal kini berlindung di khemah sementara di sekolah berhampiran.

Iklan

"Kami membekalkan mangsa dengan makanan, air bersih dan keperluan lain," kata pegawai perbandaran, Shafiul Azam sambil menambah pihak berkuasa sedang berusaha mencari tempat tinggal baharu untuk mangsa. - AFP