Dr Asri ajak rakyat sokong petisyen haramkan Dong Zong

Iklan
Dr Mohd Asri (kanan) ketika menerima kunjungan Muzammil (kiri) di pejabatnya, semalam. - Foto: FACEBOOK DRMAZA.COM

KANGAR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak rakyat di negara ini menandatangani petisyen untuk mengharamkan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang disifatkan rasis.

Gesaan itu dibuat beliau ketika menerima kunjungan Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Muzammil Ismail di pejabatnya semalam.

Iklan
Iklan

Dr Mohd Asri dalam entri di Facebook miliknya memaklumkan, kedatangan Armada adalah untuk mendapatkan nasihat beliau berhubung pengharaman gabungan tersebut.

"Saya menerima kunjungan Exco Armada Bersatu yang datang berbincang dan bertanya pendapat dalam usaha mereka mendesak pengharaman Dong Zong. Saya menyokong usaha itu sepenuhnya,” katanya yang dipetik pada status Facebooknya, malam tadi.

Iklan

Menurutnya, pihaknya turut mengajak semua rakyat Malaysia menyokong petisyen pengharaman pertubuhan rasis Dong Zong itu.

Sebelum ini, Armada melancarkan petisyen secara dalam talian bagi mendesak pertubuhan itu diharamkan dan usaha mendapat sokongan ramai pihak.

Iklan

Dr Mohd Asri turut memuat naik pautan petisyen yang dilancarkan 12 Ogos lalu menerusi laman web change.org itu di laman Facebook miliknya.

Pada 12 Ogos lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Dong Zong sebagai rasis apabila sering membantah dasar pendidikan negara termasuk usaha memperkenalkan tulisan jawi dan seni khat di sekolah.

Dr Mahathir turut menyerahkan kepada polis untuk menentukan sama ada Dong Zong perlu diharamkan atau tidak.

Menurutnya, kumpulan itu menentang undang-undang jika ia terus mendorong dan menghasut rakyat supaya bergaduh antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: PM anggap Dong Zong rasis