Dua wanita maut kenderaan dinaiki langgar pokok

Iklan
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terlibat kemalangan. - FOTO JBPM JOHOR

JOHOR BAHRU - Dua wanita maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Shell Jalan Sri Perkasa dalam satu kejadian awal pagi tadi.

Mangsa, Sin Yu Yun, 24, dan Tan Xue Qi, 23, yang beralamat di Nusajaya serta Skudai itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan di Shell Jalan Sri Perkasa, Lebuhraya Perling menghala je Pasir Gudang melalui talian MERS 999 jam 1.12 pagi.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rafie Mohd Sareng berkata, kedua-dua mangsa tidak tersepit ketika dikeluarkan pasukannya.

Iklan

"Dua orang mangsa telah dikeluarkan pihak bomba. Mangsa tidak tersepit namun bertindih akibat perlanggaran tersebut.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi dan diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Menurutnya, pihaknya juga telah menyerahkan wang berjumlah RM2,000 yang ditemui di tempat kejadian kepada polis.

Operasi melibatkan 10 anggota dan sebuah jentera itu tamat jam 2.19 pagi.