SEREMBAN - Polis akan membuat post-mortem operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, setelah siasatan kesnya selesai.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada kes Nora Anne telah ditutup selepas penemuan mayatnya.