Sekarang semua pakai mesin: Persatuan

Iklan
Tular sejak seminggu lalu mengaitkan video berkenaan dengan penghasilan muruku di Ipoh.

IPOH - Persatuan Penjual-penjual Kacang Puteh Ipoh menafikan pemprosesan muruku menggunakan kaki seperti dalam rakaman video tular di media sosial sejak seminggu lalu, diusahakan di Ipoh.

Penasihat persatuan, S Murugesh berkata, video berdurasi satu minit dan lapan saat itu adalah rakaman lama dilakukan di negara luar sama ada di India atau Bangladesh.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kaedah seumpama itu tidak pernah sama sekali dipraktikan pengusaha muruku di negeri ini kerana mengambil berat faktor kebersihan dan kesucian makanan yang dihasilkan.

"Tambah sekarang kita dalam era teknologi, semua pembuatan gunakan mesin, dari mula proses uli hinggalah sampai ke kuali untuk menggoreng.

Iklan

"Jangankan kata kaki, tangan pun kita tak pakai, semua kaedah guna mesin sepenuhnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang sengaja mengaitkan video berkenaan dengan penghasilan muruku di Ipoh.

Iklan

"Walaupun jelas video tidak menggambarkan suasana seperti di Malaysia, tapi sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Ipoh terutama Buntong yang memang terkenal dengan pengeluaran produk kacang putih.

"Kita akan buat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung isu ini, biar dijadikan pengajaran," katanya.

Video berkenaan memaparkan seorang lelaki berpakaian kemeja T dan berkain memijak besen mengandungi tepung dipercayai bagi penghasilan muruku.