Perpaduan antara kaum perlu dipertahankan

Iklan
Gambar hiasan - Foto Bernama

TIDAK sampai dua minggu lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan 2019.

Bermakna, sudah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan sejak 31 Ogos 1957.

Iklan
Iklan

Persoalannya selepas 62 tahun merdeka, adakah perpaduan di negara kita semakin kukuh?

Ironinya, isu perpaduan kaum sering menjadi bahan perbahasan terutama melalui media sosial.

Iklan

Lebih membimbangkan, perbahasannya sering kali menjurus ke arah yang negatif sehingga boleh mengundang perbalahan.

Kebebasan bercakap terutama melalui media sosial menyebabkan rakyat tidak peduli lagi apa yang dibicarakan sehingga ke tahap mempersendakan agama, bahasa dan kaum.

Iklan

Sama ada suka atau tidak, perpaduan antara kaum di negara ini perlu dipertahankan.

Merak Jalanan tidak faham kenapa isu itu sering dibangkitkan sedangkan kita hidup harmoni dalam sebuah negara berbilang bangsa.

Sikap prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai kaum dalam sesebuah negara memanglah bukan suatu perkara asing.

Tetapi bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Ingatlah selagi rakyat saling menghormati dan tahu batas-batas sensitiviti agama, budaya dan kaum, maka perpaduan dapat diperkukuhkan.

Justeru, elakkan sesuatu yang boleh mengguris perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain.

Kita hidup dalam negara yang memiliki pelbagai bangsa, jadi kita perlu cari titik persamaan dan bukannya terus-menerus mencari titik perbezaan.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia harus memahami konteks sebenar Rukun Negara, seterusnya mendokong Perlembagaan Persekutuan bagi mengelak perbalahan kaum yang boleh mengugat perpaduan nasional.