Rebut peluang tadabbur, tazakkur surah al-Kahfi

Iklan
Abdul Muhaimin Yahya

KUALA KRAI - Program Malaysia #QuranHour 30 Ogos ini peluang keemasan harus direbut orang ramai dalam usaha memperbaiki diri masing-masing ke arah lebih baik lagi.

Imam Tua Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Abdul Muhaimin Yahya berkata, ketika ini media sosial membolehkan orang ramai terpesong.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun sekiranya al-Quran dan hadis sentiasa dijadikan pegangan semua itu tidak akan mendatangkan kesan negatif kepada mereka malah medium tersebut dapat digunakan sebagai platform dakwah.

"Sehubungan itu saya mengajak orang ramai untuk sama-sama hadir bertadabbur dan tazakkur sempena Malaysia #QuranHour julung kali diadakan di luar Kota Bharu," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pada program #QuranHour kali ini, surah yang hebat al-Kahfi yang mempunyai pelbagai kisah serta mampu dijadikan sebagai panduan hidup akan ditadabbur.

"Disember 2014 daerah ini ditimpa bencana banjir besar yang seterusnya membawa kepada bermulanya program ini.

Iklan

"Justeru saya amat berharap peluang ini digunakan untuk kita sama-sama mengingati kembali tragedi itu dan semoga kehidupan kita menjadi lebih baik lagi," katanya.

Katanya, program sebegini jarang diadakan dan wajar digunakan peluang sebaik mungkin.

"Bukan sahaja jarang diadakan malah ia memberi kesan positif yang dapat membimbing kita mengharungi kehidupan yang sempurna.

"Selagi kita berpegang kepada al-Quran dan hadis saya yakin kita dapat mengharungi kehidupan dengan lebih tenang," katanya.

Program Malaysia #QuranHour akan diadakan di Masjid Tengku Muhammad Faris Petra bermula jam 9 pagi.