KUALA LUMPUR - [LANGSUNG] Biarpun telah beberapa cubaan oleh pendakwa raya mahupun barisan peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, prosiding perbicaraan yang ditetapkan pada 19 Ogos akhirnya bermula hari ini.
Bermula dari permohonan penangguhan perbicaraan oleh pendakwa raya dilakukan secara lisan di Mahkamah Tinggi, permohonan dilakukan secara rasmi dengan memfailkan permohonan melalui notis usul di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bakal mendengar perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah.
IKUTI LANGSUNG PERBICARAAN NAJIB:
9.45 pagi: Najib meniggalkan kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 3 selepas prosiding perbicaraan kes ditangguhkan.
9.35 pagi: Prosiding perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguhkan kepada Isnin depan selepas Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pihak pendakwaan menjelaskan bahawa perbicaraan SRC International sedang berlangsung.
Pada masa yang sama Hakim Collin Lawrance Sequerah menetapkan Khamis ini untuk sebutan kes bagi membolehkan pihak pendakwaan dan peguam bela memaklumkan status terkini perbicaraan SRC International.
9.22 pagi: Prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Najib bermula pada jam 9.22 pagi.
9.15 pagi: Pendakwa utama, bekas hakim Gopal Sri Ram, bersama ahli pendakwaan lain iaitu Ahmad Akram Gharibz Mohammad Mustaffa P Kunyalam, T Deepa Nairz Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee, dan Tan Song Yan.
Sementara itu barisan peguam Najib juga sudah berada di dalam mahkamah.
9.00 pagi: Najib tiba di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menaiki Proton Perdana Hitam.
Beliau disambut oleh beberapa orang penyokongnya.
Najib yang memakai sut biru gelap memasuki kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 3, yang berada di tingkat empat sayap kanan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.
8:30: Pengamal media mula mengambil pas untuk masuk ke kamar perbicaraan.
8:00 pagi: Pengamal media mula memenuhi kawasan pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.