SHAH ALAM - Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Prof Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur awal pagi tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, seluruh kakitangan Kementerian Kesihatan bersedih dengan kehilangan tersebut dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang.