Pengawal keselamatan maut nahas langgar lari

Iklan
Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian kemalangan berlaku. (Gambar kecil: Rasydi)

PASIR MAS - Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung sebuah kereta di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, berhampiran Kampung Kelapa Wangi, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.12 malam itu, mangsa, Rasydi Rosli, 23, yang menunggang motosikal jenis Yahama 125 Z maut di lokasi selepas cedera parah.

Iklan
Iklan

Difahamkan ketika kejadian, mangsa dari arah Rantau Panjang menghala ke Pasir Mas.

Setiba di lokasi, kereta jenis Proton Saga BLM yang datang dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan motosikal dan merempuh kenderaan itu.

Iklan

Akibatnya, mangsa terpelanting ke bahu jalan.

Sementara itu, kereta Proton Saga BLM turut terbabas ke gaung.

Iklan

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Ismail Jusoh ketika dihubungi berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemandu kenderaan itu bagi membantu siasatan berhubung kemalangan itu.

"Sejurus kemalangan itu berlaku, pemandu kereta tersebut bertindak melarikan diri.

"Kita berjaya mengesan nama pemilik kenderaan tersebut yang beralamat di Pangsapuri Danaumas, Jalan Platinum 7/58, Seksyen 7, Shah Alam Selangor," katanya.

Menurutnya, polis meminta kerjasama orang ramai yang mengenali pemilik kenderaan itu atau maklumat berhubung kemalangan tersebut tampil menghubungi talian 013-9214252.