SHAH ALAM - Kertas siasatan kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, polis telah melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada DPP untuk tindakan selanjutnya.
Menurutnya, polis mengekalkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan DPP akan menilai sama ada akan mengekalkan seksyen sama dalam pertuduhan atau sebaliknya.
ARTIKEL BERKAITAN:
Tempoh reman dilanjut lima hari lagi
Polis rakam 12 keterangan saksi insiden ragut nyawa Syed Muhammad Danial
Lelaki maut selepas selisih faham
Dalam kejadian jam 1.40 petang, 10 Ogos lalu, Syed Muhammad Danial, 29, maut setelah berlaku perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan kecil di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan.
Berikutan itu, sepasang suami isteri masing-masing berumur lingkungan awal 40-an dan lewat 30-an ditahan reman bagi membantu siasatan.