Rasuah polis: Warga Bangladesh dipenjara

Iklan
Islam Saimon yang merupakan warga Bangladesh dipenjara empat bulan selepas mengaku salah atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM551 kepada anggota polis.

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku salah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan sebanyak RM551 kepada anggota polis dua minggu lalu.

Islam Saimon, 24, yang bekerja di sebuah kedai baju, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memberi suapan sebanyak RM551 kepada seorang anggota polis Ronda Cegah Jenayah (RCJ), di Balai Polis Temerloh jam 10.40 malam, 11 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perkara itu sebagai dorongan kepada anggota untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas dirinya yang disyaki telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu memiliki dokumen perjalanan diri tamat tempoh.

Iklan

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tiga bulan penjara dari tarikh tertuduh ditahan iaitu 12 Julai lalu.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Kamariah Seman, sementara tertuduh tidak diwakili peguam