KEMAMAN - Tiga buruh bakal berdepan hukuman gantung hingga mati selepas ditahan bersama 520 biji pil yaba dianggarkan bernilai RM7,800 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Batu 4 Binjai, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Pemangku Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga lelaki yang dicekup berusia antara 45 dan 49 tahun.