KUALA LUMPUR - Hasil kajian juruperunding audit bebas bertauliah yang akan dilantik Kementerian Kerja Raya pada Januari 2019 bagi mengurangkan beban bayaran tol akan dibentangkan kepada jemaah menteri pada Mei depan.
Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata juruperunding audit bebas bertauliah itu akan membantu kerajaan menganalisis data dan mengemukakan cadangan penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang.
Iklan
Iklan
"Jemaah menteri pada 31 Oktober lepas setelah menimbang hala tuju industri lebuh raya bertol di negara ini bersetuju memutuskan Kementerian Kerja Raya mengemukakan cadangan mekanisme terbaik mencapai matlamat itu dalam masa enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyambut baik pengumuman Kementerian Kewangan semalam berkenaan penangguhan kenaikan tol di 21 lebuh raya dan pemansuhan tol lorong motosikal mulai 2019.
"Cadangan penangguhan kadar tol ini dilihat sebagai satu kaedah berterusan kerajaan bagi mengekang kenaikan kos sara hidup rakyat,” katanya.