ZPP terima zakat perniagaan

Iklan
Kamari Zaman menyampaikan zakat berjumlah RM202,185.80 kepada Tun Dr Abdul Rahman dalam majlis yang diadakan di Restoran Pen Mutiara tengah hari tadi.

BAYAN LEPAS - Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Bank Rakyat dan Co-op Bank Pertama (CBP) bagi tahun kewangan berakhir 2018.

Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Rosman Mohamed menyampaikan zakat berjumlah RM649,541 kepada ZPP melalui Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Abdul Rahman Abbas.

Iklan
Iklan

Manakala Pengerusi Anggota Lembaga Co-op Bank Pertama, Kamari Zaman Juhari menyampaikan zakat berjumlah RM202,185.80 kepada Tun Dr Abdul Rahman dalam majlis yang diadakan di Restoran Pen Mutiara tengah hari tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali berkata, kedua-dua organisasi berkenaan merupakan antara pembayar zakat utama kepada ZPP yang menunaikan kewajipan mereka kali ini.

Iklan

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua organisasi korporat agar tampil dan menunaikan kewajipan membayar zakat.

"Saya berharap majlis penyerahan zakat oleh Bank Rakyat dan Co-op Bank Pertama ini dapat menjadi satu contoh kepada organisasi lain untuk membayar zakat," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyerahan zakat oleh Bank Rakyat dan Co-op Bank Pertama di sini.

Iklan

Hadir sama pada majlis berkenaan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Amran berkata ZPP terus menjalankan tanggungjawabnya dalam membantu mangsa yang terkesan dalam kejadian Ribut Lekima yang melanda Pulau Pinang pada 9 Ogos lepas.

Katanya, ZPP sedang mengumpul data mangsa terlibat dan akan menyalurkan bantuan yang sewajarnya.

"ZPP bekerjasama dengan pejabat daerah untuk pastikan rumah golongan asnaf yang mengalami kerosakan akibat ribut dapat dibaiki," katanya.