Operasi SAR mangsa kapal MV Amanda diteruskan

Iklan
Kerja-kerja SAR sedang dijalankan.

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kapal MV Amanda yang masuk hari keempat hari ini diteruskan pada keluasan 120 batu nautika persegi meliputi timur Tanjung Penawar sehingga Tanjung Sepang.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, pencarian seorang lagi kru kapal berkenaan yang masih hilang itu melibatkan bot daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Tentera Laut Diraja Malaysia dan pasukan Polis Marin.

Iklan
Iklan

"Pencarian turut dilakukan sekitar pesisir pantai Tanjung Punggai oleh Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dan sekitar Tanjung Sepang hingga Tanjung Penawar oleh Tentera Darat Malaysia sekiranya mangsa hanyut ke pantai.

"Mangsa seorang warga Bangladesh dipercayai memakai jaket keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Iklan

Aminuddin berkata, jumlah keseluruhan anggota terlibat SAR seramai 82 orang melibatkan pelbagai agensi.

"Kerja-kerja pemasangan marker bouy pada MV Amanda sedang giat dilakukan.

Iklan

"Selaman untuk salvage assessment dan mengesan tanda-tanda kemungkinan mangsa terperangkap pada dan dalam kapal itu dilakukan dengan penuh waspada memandangkan keadaan arus yang kuat pada sesuatu masa," katanya.

Beliau berkata, syarikat yang dilantik syarikat kapal MV Amanda dipantau dengan kerjasama pasukan selam dari Pasukan Tindakan Khas (PTK) Maritim dan unit selam Maritim Johor.