Kes buli: JPN Kedah tangani secara berhemah

Iklan
Keratan Sinar Harian pada 14 Ogos lalu. Gambar kecil, Abd Aziz.

ALOR SETAR - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan memberikan kerjasama membantu menyelesaikan kes buli seorang murid 9 tahun di sebuah sekolah rendah di Ayer Hitam, Jerlun baru-baru ini.

Bagaimanapun, Pengarahnya, Abd Aziz Selaiman enggan mengulas lanjut perkara tersebut berikutan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Iklan
Iklan

"Kita akan cuba tangani masalah ini secara berhemah dengan beberapa langkah termasuk menyerahkan sebuah kerusi roda kepada murid tersebut.

"Saya tidak boleh komen banyak kerana masih lagi dalam siasatan pihak polis. Jadi kita tunggu apa hasil siasatan itu terlebih dahulu," katanya ketika ditemui selepas sambutan Aidiladha dan Kemerdekaan di Kolej Vokasional Alor Setar dekat sini sema

Iklan

Menurutnya, JPN Kedah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kubang Pasu memberikan kerjasama yang penuh kepada polis untuk menyelesaikan kes tersebut.

"Setiap jenis tindakan yang akan dilakukan oleh JPN Kedah selepas ini adalah bergantung kepada hasil siasatan polis," katanya lagi.

Iklan

Pada 14 Ogos lalu, media melaporkan seorang murid di sebuah sekolah di Ayer Hitam, di sini mendakwa menjadi mangsa buli tiga murid lain iaitu seorang lelaki dan dua perempuan di sekolah itu, sejak tahun lalu.

Perkara tersebut mendapat perhatian Exco Pendidikan Kedah, Dr Salmee Said yang menyatakan guru besar sekolah terbabit berjanji akan menyelesaikan secara bijaksana dan berhemah secepat mungkin dalam menangani kes itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, pihaknya telah mengambil keterangan lanjut daripada murid berkenaan dan ibunya.

Katanya, beberapa saksi turut diambil keterangan demi membantu siasatan kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes buli: Polis ambil keterangan murid, ibu