Kastam rampas dadah RM676 juta

Iklan
Rampasan dadah oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang tular di media sosial Facebook kira-kira sejam yang lalu.

KUALA SELANGOR - Tular di media sosial Facebook berhubung rampasan dadah disyaki jenis ketamin dan kokain bernilai RM676 juta di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam.

Hantaran itu dimuat naik pengendali Facebook yang menggunakan akaun nama 'Kuala Selangor Official' kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Iklan
Iklan

Menurut akaun Facebook berkenaan, sebanyak 11 guni putih mengandungi serbuk putih dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram.

"(Sebanyak) 23, 230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih dadah jenis kokain dengan berat kasar 3, 230 kg dadah (3.23 tan)," katanya.

Iklan

Status itu mendapat pelbagai tanda daripada media sosial, dengan mendapat 222 komen dan 292 perkongsian daripada pengendali media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab mengesahkan rampasan terbabit.

Iklan

Katanya, siasatan dan rampasan dadah itu dibuat Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Laporan polis mengenai rampasan berkenaan juga telah dibuat," katanya.