Warga Nepal cabul rakan sekerja ditahan

Iklan
Gambar kecil, Noorzainy.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki warga Nepal ditahan polis dipercayai terlibat kes cabul seorang wanita di sebuah kilang biskut pada 12 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, suspek memegang payudara mangsa yang berusia 22 tahun ketika sedang bekerja.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa bertindak memarahi suspek dan memberitahu akan membuat laporan polis.

Bagaimanapun, katanya, suspek terus beredar sambil tersenyum seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

Iklan

"Siasatan mendapati suspek telah lama bekerja bersama mangsa di kilang berkenaan.

"Suspek tidak mengaku mencabul mangsa, namun mengaku ada menolak mangsa di bahagian buah dada berpunca kerana mangsa memakinya sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Iklan

Noorzainy berkata, suspek berusia 27 tahun yang ditahan di kilang berkenaan pada jam 1 pagi kelmarin kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.