Kantoi bungkus dadah di bilik hotel

Iklan
Antara rampasan dilakukan dalam serbuan di sebuah hotel di Kangar.

KANGAR - Tiga pengedar dadah yang juga sahabat baik ditahan polis bersama sejumlah dadah disyaki jenis syabu bernilai RM9,222 di sebuah hotel di daerah ini, semalam.

Suspek berusia antara 22 dan 24 tahun itu ditahan di hotel mereka menginap berkenaan, jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, polis bertindak menyerbu bilik berkenaan selepas menerima maklumat dan risikan dilakukan.

"Ketika serbuan dilakukan, tiga sahabat berkenaan yang berasal dari Perlis dan Pulau Langkawi, Kedah cuba menyembunyikan barang bukti.

Iklan

"Mereka bertindak menyembunyikan syabu dan beberapa peralatan di atas siling tandas bilik tetapi pihak polis berjaya menemukannya," katanya.

Tiga sahabat berusia 22 hingga 24 tahun yang ditahan polis.

Noor Mushar berkata, siasatan mendapati ketiga t-ga mereka sememangnya dikehendaki polis kerana menjalankan aktiviti jual beli dadah di Kangar dan Kuala Perlis.

Iklan

Menurut Noor Mushar, hasil ujian air kencing ke atas ketiga-tiga lelaki itu mendapati positif dadah dan salah seorang suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

"Mereka hanya menjual dadah kepada penagih yang dikenali dan tertentu sahaja dengan menjadikan hotel berkenaan sebagai tempat membungkus dadah sementara dalam usaha mengelak daripada dikesan pihak polis.

"Semua suspek direman selama tujuh hari sehingga 3 Januari depan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 39B dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.