Bangladesh sedia hantar pulang 3,500 pelarian Rohingya

Iklan
Pelarian kanak-kanak Rohingya di kem Cox's Bazar. - Foto Reuters

COX'S BAZAR - Bangladesh dilaporkan sedia menghantar pulang sekurang-sekurangnya 3,500 pelarian Rohingya ke Myanmar bermula minggu ini.

Komisioner Pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam berkata, beliau optimistik berhubung proses penghantaran pulang yang dijadual bermula Khamis.

Iklan
Iklan

"Semua sudah sedia, tanah transit telah disiapkan.

"Tiada siapa akan dipaksa pulang melainkan mereka menawarkan diri," kata Kalam kepada wartawan semalam selepas mesyuarat dengan pegawai Myanmar di Cox's Bazar.

Iklan

Cubaan awal pada November tahun lalu untuk menghantar pulang 2,260 pelarian Rohingya gagal berikutan keengganan mereka meninggalkan kem tanpa jaminan keselamatan.

Menurut Kalam, pihak berkuasa Bangladesh dan Myanmar merancang menghantar pulang 300 pelarian Rohingya setiap hari.

Iklan

Kalam menambah, Myanmar dan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadual bertemu pelarian terpilih bagi menggalakkan mereka untuk pulang ke negeri Rakhine.

Hampir 740,000 pelarian Rohingya melarikan diri ke Bangladesh pada Ogos 2017 susulan kekejaman tentera Myanmar, namun hampir tiada yang menawarkan diri untuk pulang meskipun kedua-dua negara menandatangani perjanjian penghantaran pulang. - AFP