Guna dron tinjau kebakaran gambut di Miri

Iklan
Gambar hiasan

MIRI - Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah mengenalpasti kawasan seluas 10.52 hektar (26 ekar) yang masih berasap tebal akibat kebakaran tanah gambut dalam sektor 1 iaitu melibatkan lokasi di Tudan serta Komplek Anak Yatim Hamidah.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, tinjauan kebakaran telah dilakukan melalui udara menggunakan dron pasukan APM Bintulu pada pagi ini di lokasi terbabit.

Iklan
Iklan

"Hasil tinjauan di kawasan sama mendapati 3.6 hektar (9 ekar) telah terbakar," katanya dalam satu kenyataan di sini pagi ini.

"APM akan membuat tinjauan dari masa ke semasa bagi memastikan keadaan kawasan tersebut di dalam kawalan," tambahnya lagi.

Iklan

Untuk rekod, usaha pemadaman kebakaran hutan serta tanah gambut di Kuala Baram dibahagikan kepada tiga sektor dengan sektor 1 dan 2 pemadaman dilakukan oleh bomba serta kakitangan sebuah syarikat korporat manakala sektor 3 dilakukan oleh pesawat Bombadier Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang membantu usaha pemadaman sejak 15 Ogos lepas. - Bernama

Iklan