PENYANYI popular era 90an, Shima atau Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, berkata, dia masih mahu meneruskan karier seni suara meskipun sakit tulang belakang.
Menurut penyanyi terkenal lagu Teringin dan Luka Dilkukai ini, berkata, walaupun tiada tawaran menyanyi selepas program Gegar Vaganza musim pertama, namun itu tidak bermakna dia sudah bersara dari industri hiburan tanah air.
"Tidak, saya masih mahu terus menyanyi, cuma pelik bila lepas GV1 tu seperti sudah tertutup, tak ada show.
"Jadi saya buat keputusan dengan suami untuk buka gerai makan kecil-kecilan sahaja dengan menjual nasi campur.
"Sebab nak bayar bil-bil rumah dan nak pakai duit buat beli ubat sakit tulang belakang saya," ujar Shima ketika di hubungi.
Sudah berkecimpung lebih 30 tahun di lapangan seni nyanyian, Shima berharap ada tuah pada tahun baharu nanti.
"Semoga warung saya berkembang dengan maju, insya-ALLAH boleh muncul dengan single baharu dan semoga ada jemputan buat show," akhirinya.
Sakit tulang belakang, Shima mahu terus menyanyi
Iklan