Polis tahan lelaki bakar mimbar masjid

Iklan
Kebakaran bermula dari atas mimbar masjid dan karpet di bawah mimbar. (Gambar kecil, Noh)

PADANG TERAP - Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun berhubung kes kebakaran ruang mimbar Masjid Kampung Padang Setol, semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris berkata, pihak polis berjaya menjejaki suspek pada jam 3 petang di Kampung Tanjung, Pedu, Kuala Nerang.

Iklan
Iklan

Katanya, suspek mempunyai dua rekod jenayah sebelum ini berkaitan dengan khianat dan judi.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Iklan

Menurut Noh, kes disiasat bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan bukti-bukti berkaitan suspek masih lagi dalam siasatan dan belum boleh didedahkan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan berkaitan kes kebakaran yang berlaku di ruang masjid Kampung Padang Setol.

Iklan