Terengganu tumpu pertanian kontan

Iklan
Dr Azman

KUALA TERENGGANU – Terengganu akan memberi lebih tumpuan terhadap bidang pertanian kontan yang mendatangkan pulangan ekonomi segera atau ‘cash crop’.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tumpuan tersebut termasuk peruntukan pengembangan atau kelulusan tanah kerajaan bagi projek pertanian baharu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia selaras dengan hala tuju baharu pertanian Terengganu berdasarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 yang menumpukan ke arah menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan atau 'food security'.

"Hala tuju ini selaras dengan dasar dan strategi pertanian negara di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Bermakna Terengganu tidak bersendirian dalam melaksanakan dasar baharu pertanian negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Dengan perkembangan itu, kata Dr Azman, permohonan tanah kerajaan untuk pembukaan kawasan baharu tanaman getah dan sawit bukan lagi keutamaan kerajaan untuk diberikan pertimbangan.

"Apa pun untuk komoditi sawit dan getah, kita kekalkan keluasan sedia ada," katanya.

Iklan

Berdasarkan rekod, Terengganu mempunyai kawasan pertanian getah seluas 27,415 hektar, kelapa sawit seluas 183,430 hektar manakala kontan hanya 1,657 hektar.