Ibu, dua anak terjatuh bangunan

Iklan
Polis masih menyiasat kedudukan tingkat kesemua mangsa terjatuh di sebuah pangsapuri di Taman Kepong. (Gambar kecil: Lokasi kejadian tiga beranak terjatuh menyebabkan dua cedera parah dan seorang maut.)

KUALA LUMPUR - Seorang wanita bersama dua anaknya dilaporkan terjatuh dari sebuah pangsapuri di Taman Kepong di sini petang semalam.

Mangsa berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia 7 tahun cedera parah, manakala anak lelakinya berusia 6 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa sekeluarga tidak menduduki pangsapuri itu.

"Motif kejadian belum dikenal pasti dan siasatan menjurus kepada pelbagai aspek.

Iklan

"Kedua-dua mangsa kini dalam keadaan sedar dan masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

Iklan