SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan bantuan pinjaman RM450,000 kepada Koperasi Setiajaya Pulau Redang di Terengganu Bhd bagi membina kilang ais batu di pulau tersebut.
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Nordin Salleh berkata, bantuan seperti itu disalurkan bagi membolehkan sektor koperasi terus berkembang maju dan berdaya saing dalam pelbagai cabang perkhidmatan dan perniagaan.
Menurutnya, bantuan itu juga akan meningkatkan potensi kredit dan pelaburan, pertanian dan penternakan, pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan, pembangunan hartanah dan lain-lain aktiviti pengguna."Melihat kepada negeri Terengganu pula, sebanyak RM2.63 juta bantuan pembangunan telah disalurkan kepada 37 buah koperasi dan RM6.89 juta diberikan dalam bentuk tabung TMPJPK,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian kilang ais batu di Pulau Redang, Terengganu.
Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu, Wan Abdul Halim Wan Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Koperasi-koperasi Terengganu (KOPTER), Datuk Hashim Mamat.
Nordin berkata, dengan wujudnya kilang ais batu ini, pengusaha chalet, restoran, nelayan dan pengusaha bot ikan tidak perlu ke darat untuk mendapatkan bekalan dan kos pengangkutan untuk membawa ais dapat dikurangkan.
"Kilang ini juga dijangka akan menjadi tumpuan semua pengusaha dan usahawan kecil di Pulau Redang memandangkan ia merupakan satu-satunya kilang ais batu yang beroperasi di Pulau Redang,” katanya.