Setuju dengan Husam: MB Kelantan

Iklan
Ahmad ditemui selepas Kuliah Jumaat, hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tiada halangan dengan cadangan Ahli Dewan Negara, Datuk Husam Musa mengenai penyelidikan atau perkongsian teknologi ganja kesihatan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya ia memberi manfaat dari segi kesihatan dan perubatan, dadah atau ganja perubatan ini perlu menggunakan istilah lain.

Iklan
Iklan

Beliau tidak bersetuju sekiranya nama ‘ganja’ dikomersialkan sebagai salah satu produk biarpun dalam konteks kesihatan.

"Kita tak ada masalah kalau ada pihak mahu membuat kajian tapi seeloknya cubalah cari nama lain.

Iklan
Iklan

"Penagih menyalahgunakan dadah, maka jatuh haram kerana memudaratkan kesihatan,” katanya, selepas Kuliah Jumaat, hari ini.