Gerakan koperasi negara relevan: SKM

Iklan
Nordin Salleh diiringi Abdul Fattah bersalam dengan peserta-peserta pada Wacana Ilmu sempena Hari Koperasi Antarabangsa 2019 di Auditorium Angkasa hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

PETALING JAYA - Gerakan Koperasi negara dilihat sebagai platform yang relevan dan berperanan penting untuk melestarikan ekonomi dan membantu mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi oleh masyarakat masa kini.

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh berkata, institusi koperasi merupakan instrumen yang dapat menyeimbangkan tuntutan kehidupan masyarakat yang dilihat kian mencabar.

Iklan
Iklan

"Dengan keahlian lebih 6 juta anggota dan 14,247 buah koperasi, gerakan ini boleh berperanan dengan lebih besar melalui peluasan skala perniagaan untuk menguasai rantaian bekalan supaya masyarakat dapat merasai kesannya.

"Selari dengan inisiatif kerajaan mewujudkan kemakmuran bersama untuk dinikmati oleh rakyat dalam setiap peringkat lapisan masyarakat," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program wacana ilmu sempena hari koperasi antarabangsa anjuran Angkasa di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu katanya, persepsi bahawa gerakan koperasi 'terperangkap dalam kepompong yang usang' mestilah diubah kerana gerakan koperasi terus kukuh menepati dan merentasi zaman serta kekal lestari walaupun melalui pelbagai cabaran dan perubahan zaman.

"Kadangkala banyak orang lupa mengenai track record koperasi seperti Angkasa, saya rasa mereka perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya.

Iklan

"Kita sekarang warga koperasi dan Angkasa sudah berada di persimpangan bahkan dalam konteks luas kita berada di peralihan zaman mungkin orang dakwa kita lapuk sebenarnya kita tak lapuk kita mampu bahkan kita masih relevan. Kita bukan sahaja merentasi zaman malah kita lestari," katanya.

Tambahnya, oleh itulah SKM mengakui sumbangan dan peranan Angkasa sebagai badan apex koperasi negara yang telah membawa gerakan koperasi negara ke peringkat antarabangsa kerana peranan tersebut dimainkan secara berkesan oleh badan apex koperasi negara.

Sementara itu, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah menyuarakan harapan beliau kepada kerajaan untuk memberi sokongan kepada gerakan koperasi dengan menyediakan modal pusingan pada Bajet 2020, bagi mengembangkan perniagaan sektor koperasi ke peringkat antarabangsa.

"Kita amat berharap agar kerajaan terus memberi sokongan kepada gerakan koperasi," katanya.

Terdahulu Wacana Ilmu anjuran Angkasa yang dihadiri kira-kira 300 orang ahli koperasi dan kakitangan Angkasa mengupas tema sambutan Hari Koperasi Antarabangsa"Coops 4 Decent Work” atau Koperasi membina kesejahteraan sejagat yang merupakan salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Koperasi melengkapi matlamat ini dengan menyediakan ruang dan peluang kepada masyarakat dalam pelbagai bidang ekonomi serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada 280 juta orang di seluruh dunia.

Yang turut hadir sama dalam program Wacana Ilmu Sempena Sambutan Hari Koperasi Antarabangsa adalah Naib-Naib Presiden Angkasa, Datuk Mohamad Ali Hasan, Dr Mohd Azlan Yahya, Datuk Che Mohd Shukree Che Isa, Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Tuan Nasir Khan Yahaya serta Timbalan Ketua Pengarah (Akademik) mewakili Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia, Tuan Ramlan Kamsin.